Monday, July 28, 2008

Lucky No3



Assalamualaikum sahabat-sahabat Hijau. Berakhirnya Hari Keluarga Petanda Petaling di Sunway Lagoon pada hari Ahad lepas maka berakhir jugalah sukan petanda pada tahun ini. Tahniah sekali lagi kepada pasukan Rumah Hijau yang berada kedudukan no 3. Pasukan Hijau terima hakikat ini dengan hati yang terbuka walaupun gagal untuk muncul sebagai pasukan Juara keseluruhan. Kepada pasuhan Biru, Kuning dan Merah sememangnya semangat yang ditunjukkan amat dihargai sekali. Komitmen yang tinggi telah diberikan dalam setiap acara yang dipertandingkan. Walau apa pun alasannya yang menang tetap menang dan yang kalah tetap kalah. Tetapi bukan itu objektif sukan ini kerana apa yang penting adalah kita semua dapat mengenali antara satu sama lain, bertukar-tukar fikiran, berkongsi pengalaman dan nasihat dan yang paling penting meningkat semangat persaudaraan antara satu sama lain. Kepada pihak pengurusan sukan Petanda anda memang layak menerima tahniah dan ucapan terima kasih. Semoga apa yang betul itu menjadi ikutan dan yang tidak elok itu menjadi tauladan. Sekian.

4 comments:

Anonymous said...

berakhir sudah sukan maka berakhir jugalah perang2 laser dlm blog..pada yg terasa selama masa sukan berlangsung..ku susun 10 jari minta ampun dan maaf..ape yg terjadi tu sume gurauan semata2 tiada kena mengena dgn yg hidup atau yg dah mati...kite jumpa lagi 2 tahun akan dtg(2 pon klu jodoh aku kat opis nie panjang lagi...)...c u guys

Suhanashashim said...

SAMA2 LAH YEE..

Anonymous said...

weh bosan sungguh game dah abis..sangap dah x tau nak buat per...sukan habis sume kelibat org yg main sukan ilang...mcm nie ler selalu,nak nampak muka balik bile training petanda selangor nak ade baru ler nampak balik muka2 yg dah tenggelam...busan2 tahap cipan nie

froggybuzz said...

normal la 2 beb..