Showing posts with label juara. Show all posts
Showing posts with label juara. Show all posts

Sunday, June 15, 2008

HIJAU JUARA BOLASEPAK


Isnin: 16 Jun 2008. Pasukan Hijau telah muncul juara perlawanan bolasepak antara rumah pada hari Jumaat yang lepas 13 Jun 2008. Kemunculan Hijau sebagai juara perlawanan bolasepak hasil komitmen semua pemain dan sokongan padu penyokong yang memenuhi Stadium Utama MBPJ Kelana Jaya . Kejayaan pasukan Hijau ini juga didorong oleh barisan pemain yang telah berhempas-pulas memastikan kejayaan muncul sebagai juara bolasepak.
Perlawanan pertama menentang merah telah dimenangi dengan kemenangan mudah 2 - 0. Pasukan merah yang cuba mencari mata penuh bagi layak ke perlawanan akhir gagal menyekat kemaraan pasukan Hijau. Asakan gol pertama dan kedua oleh Moklis Teves cukup membuatkan Pasukan Rumah Merah untuk berpuashati di tempat keempat setelah kalah dengan Pasukan Biru dengan sepakan penalti.
Kesudahan 2 - 1 dalam perlawanan akhir antara Hijau dan Kuning memberi kemenangan mutlak kepada Pasukan Hijau untuk muncul Juara Bolasepak. Tentangan dan asakan Pasukan Kuning gagal menembusi benteng akhir pasukan Hijau yang di ketuai oleh pemain seperti Abg Mat Ferdinand , Hamid Gerrard, Razin Carlos dan paling utama Pakya Beckamp. Kemenangan ini juga telah menaikkan semangat Pasukan Hijau untuk muncul juara keseluruhan bagi acara yang bakal dipertandingkan tidak lama lagi.