
Ucapan tahniah dan jutaan terima kasih terhadap pasukan Bola Jaring wanita dan Bola Tampar lelaki yang menduduki tempat ke4 dalam Sukan Petanda antara rumah sukan. Walaupun kegagalan memperolehi sebarang pungutan mata, Pasukan Rumah Hijau masih berada dalam kedudukan selamat. Tidak dinafikan pasukan rumah lain berjaya memberi saingan dan tentangan sengit dalam acara yang dipertandingkan.
Walaubagaimanapun ini bukanlah penghujung atau penamat acara kerana masih ada lagi sukan-sukan yang masih belum dipertandingkan. Bagi perlawanan Futsal (L) dan (W) yang akan bermula pada 4 Julai ini pastinya akan memberi saingan sengit kepada rumah-rumah lain. Berdasarkan analisis dan strategi yang telah dirancang Pasukan Rumah Hijau pastinya merupakan pesaing terhebat kepada rumah-rumah lain. Bukan untuk bermegah dan berbesar diri tetapi itulah hakikatnya.
Ayuh sahabat rumah Hijau sekalian, marilah sama-sama kita bersatu tenaga dan bekerjasama dalam memastikan mata penuh hakmilik mutlak kita. Kata orang bijak pandai Berpegang arang biar jadi abu, jangan biarkan abu ditiup angin kerana apabila abu ditiup angin kalau masuk mata pedih tak terkata. G0 GREEN HORNET GREEN POWERRRRRR............