Monday, June 30, 2008

Bola Jaring dan Bola Tampar (L)



Ucapan tahniah dan jutaan terima kasih terhadap pasukan Bola Jaring wanita dan Bola Tampar lelaki yang menduduki tempat ke4 dalam Sukan Petanda antara rumah sukan. Walaupun kegagalan memperolehi sebarang pungutan mata, Pasukan Rumah Hijau masih berada dalam kedudukan selamat. Tidak dinafikan pasukan rumah lain berjaya memberi saingan dan tentangan sengit dalam acara yang dipertandingkan.

Walaubagaimanapun ini bukanlah penghujung atau penamat acara kerana masih ada lagi sukan-sukan yang masih belum dipertandingkan. Bagi perlawanan Futsal (L) dan (W) yang akan bermula pada 4 Julai ini pastinya akan memberi saingan sengit kepada rumah-rumah lain. Berdasarkan analisis dan strategi yang telah dirancang Pasukan Rumah Hijau pastinya merupakan pesaing terhebat kepada rumah-rumah lain. Bukan untuk bermegah dan berbesar diri tetapi itulah hakikatnya.

Ayuh sahabat rumah Hijau sekalian, marilah sama-sama kita bersatu tenaga dan bekerjasama dalam memastikan mata penuh hakmilik mutlak kita. Kata orang bijak pandai Berpegang arang biar jadi abu, jangan biarkan abu ditiup angin kerana apabila abu ditiup angin kalau masuk mata pedih tak terkata. G0 GREEN HORNET GREEN POWERRRRRR............

Monday, June 23, 2008

Tahniah VB Girlz


Ucapan tahniah kepada Pasukan Bola Tampar Wanita Rumah Hijau yang berjaya muncul juara setelah mengalahkan Kuning. Perlawanan sengit ini telah membawa kepada permainan Rubber Set dalam menentukan juara Bola Tampar. Komitmen yang telah ditonjolkan oleh ahli pasukan sangat mengagumkan walaupun tumpas pada pasukan Kuning pada set yang pertama.


Pasukan yang dipimpin oleh Puan Afnie dan dibantu oleh Puan Sunita bersama-sama 4 ahli pasukan lain berjaya memberi tentangan sengit sehinggakan Pasukan Kuning tewas dengan mata 2-1. Perlawanan ini juga telah berjaya menebus kekalahan pasukan bola tampar lelaki yang akan ditentukan kedudukan ke3 dan ke4 pada hari Rabu 25 Jun 2008 di Dewan Bola Tampar MBSA Seksyen 19 Shah Alam menentang Pasukan Merah Red Rulez.
Dengan kemenangan ini juga Pasukan Rumah Hijau mendahului kedudukan dengan 6 mata, diikuti Kuning 4 mata, Biru 1 dan Merah 1. Marilah kita bersama-sama bersatu tenaga dan bersatu hati menyokong dan memberi semangat terhadap perlawanan lain yang pastinya menjadi igauan pasukan lain apabila menentang Rumah Hijau...GREEN HORNET

Wednesday, June 18, 2008

Green Hornet VB



(*Sebarang pindaan dan perubahan pemain adalah di bawah kuasa Ketua Pasukan
Pemain yang tidak disenaraikan diharap dapat turun bagi menghadapi sebarang kemungkinan)

The Green Power



Pernahkah anda melihat Bateri Hijau seperti di atas... mungkin tidak. Tetapi inilah hakikatnya bahawa Pasukan Rumah Hijau adalah seperti Bateri yang baru di 'charge' kan . Kemenangan demi kemenangan akan menyusul bagi membuktikan The Green Hornet adalah yang terbaik di antara yang terbaik. Tidak dinafikan saingan dari pasukan lain tetapi itu tidak menjadi alasan untuk Hijau muncul juara. Pandangan ini bukanlah pandangan peribadi tetapi ia adalah hasil dari komitmen serta semangat juang yang tinggi dikalangan ahli Pasukan Hijau. Walau apa pun komen pembaca pasukan lain yang pastinya, Pasukan Rumah Hijau akan meneruskan perjuangan yang belum tamat ini....

Sunday, June 15, 2008

Galeri Rumah Hijau


*Klik pada link Galeri Rumah Hijau untuk save gambar.




HIJAU JUARA BOLASEPAK


Isnin: 16 Jun 2008. Pasukan Hijau telah muncul juara perlawanan bolasepak antara rumah pada hari Jumaat yang lepas 13 Jun 2008. Kemunculan Hijau sebagai juara perlawanan bolasepak hasil komitmen semua pemain dan sokongan padu penyokong yang memenuhi Stadium Utama MBPJ Kelana Jaya . Kejayaan pasukan Hijau ini juga didorong oleh barisan pemain yang telah berhempas-pulas memastikan kejayaan muncul sebagai juara bolasepak.
Perlawanan pertama menentang merah telah dimenangi dengan kemenangan mudah 2 - 0. Pasukan merah yang cuba mencari mata penuh bagi layak ke perlawanan akhir gagal menyekat kemaraan pasukan Hijau. Asakan gol pertama dan kedua oleh Moklis Teves cukup membuatkan Pasukan Rumah Merah untuk berpuashati di tempat keempat setelah kalah dengan Pasukan Biru dengan sepakan penalti.
Kesudahan 2 - 1 dalam perlawanan akhir antara Hijau dan Kuning memberi kemenangan mutlak kepada Pasukan Hijau untuk muncul Juara Bolasepak. Tentangan dan asakan Pasukan Kuning gagal menembusi benteng akhir pasukan Hijau yang di ketuai oleh pemain seperti Abg Mat Ferdinand , Hamid Gerrard, Razin Carlos dan paling utama Pakya Beckamp. Kemenangan ini juga telah menaikkan semangat Pasukan Hijau untuk muncul juara keseluruhan bagi acara yang bakal dipertandingkan tidak lama lagi.

Wednesday, June 11, 2008


SENARAI NAMA PEMAIN PASUKAN BOLASEPAK RUMAH HIJAU

1) W.M.ZUBIR
2) MOHD RAZIN
3) A.ABU HASSAN (KAPITAN)
4) ADI FAIZAL
5) HAMID SUBRAVI
6) AHMAD FAUZI
7) AHMAD FARID.HADI
8) AZIZI HASHIM
9) MOHD AIZAT
10)YAHAYA HASAN
11)MOKHLIS
12)MOHD AZAM
13)NASIR MAJID
14)S.THINES
15)AZAMAN SURATEN
16)ABDUL HALIM
17)ZULKIFLI HAMZAH
18)YASSER ARAFAT
19)AKHSAN
20)FIRDAUS
21)ABDLI HAMID
22)SAIFUL ANUAR
23)KRISHNAN
24)PARTIBAN
25)MOHD HAFIZ
26)HASLAN
27)RAJA ISHAK
28)YUNUS
29)HAZIMY

Latihan Bolasepak Rumah Hijau



Latihan bolasepak rumah hijau akan diadakan pada hari Khamis 12 Jun 2008. Diharap semua pemain dan yang berminat berkumpul dilobi pejabat selepas waktu kerja. Sila bawa pakaian / kasut masing-masing.

Harap Maklum.

Tuesday, June 10, 2008

Jadual Pertandingan Rumah Sukan


*klik jadual untuk versi besar



Perubahan Tarikh Perlawanan:Bola Jaring 27 Jun 2008

.

Monday, June 09, 2008


Belanda benam juara dunia, Itali 3-0


BERN (Switzerland): Belanda memulakan langkah bergaya pada Euro 2008 apabila mengejutkan juara dunia, Itali 3-0 pada perlawanan sulung masing-masing, awal pagi ini.

Jaringan Ruud van Nistelrooy dan Wesley Sneijder pada separuh masa pertama, diikuti kecemerlangan pertahanan, Giovanni van Bronckhorst membolosi gawang Itali pada minit ke-79, menyaksikan juara dunia itu mencatatkan sejarah hitam apabila menerima kekalahan besar sepanjang penyertaannya dalam kejohanan Eropah.

“Ia membuatkan kami amat bangga dan gembira. Kemenangan pertama ini amat penting dan lebih manis lagi apabila kami melakukan ketika bertemu Itali. Ia menambah keyakinan pasukan, tapi kami sedar ia belum berakhir lagi,” kata Sneijder.



Meskipun skuad Belanda menampilkan ramai pemain yang cedera, namun Itali tidak mampu menyaingi prestasi tinggi yang ditunjukkan anak buah Marco Van Basten.

“Ia kekalahan yang bersejarah. Ia adalah Itali, juara dunia. Ia tidak nampak sesiapapun pemain saya yang bermain lemah,” kata van Basten.

Bagaimanapun, Belanda harus lega apabila penjaga gol berusia 37, Edwin van der Sar, 37, beberapa kali menyelamatkan pintu golnya daripada dibolosi, terutama sepakan percuma Andrea Pirlo’s pada minit ke-78.

Van Nistelrooy membuka jaringan selepas pemain Itali menjangka ia adalah ‘offside’ selepas menerima bola lintang 20 meter daripada Van Bronckhorst.

Kekalahan Itali itu meletakkan pasukan ini di tempat tercorot Kumpulan C yang dianggap ‘kumpulan maut’ selepas Perancis dan Romania terikat 0-0.

Jika Itali tewas kepada Romania Jumaat ini, ia menyaksikan pasukan Azzurri ini pulang lebih awal.

“Kami harus menerima kekalahan ini dan kami melihat ke depan untuk saingan seterusnya,” kata jurulatih Itali, Roberto Donadoni.



Itali: Gianluigi Buffon, Christian Panucci, Andrea Barzagli, Marco Materazzi (Fabio Grosso, 54), Gianluca Zambrotta, Gennaro Gattuso, Andrea Pirlo, Massimo Ambrosini, Mauro Camoranesi (Antonio Cassano, 75), Luca Toni, Antonio Di Natale (Alessandro Del Piero, 64).



Belanda: Edwin van der Sar, Andre Ooijer, Joris Mathijsen, Khalid Boulahrouz (John Heitinga, 76), Giovanni van Bronckhorst, Orlando Engelaar, Nigel de Jong, Dirk Kuyt (Ibrahim Affelay, 81), Wesley Sneijder, Rafael van der Vaart, Ruud van Nistelrooy (Robin van Persie, 70). - AP

Sunday, June 08, 2008

How to improve your stamina ?


As most cases in all sports activity, stamina development is gained through practice and discipline. Start jogging at a comfortable pace and distance and maintain that for 3-4 weeks. It will be difficult at first but repeated runs will make your heart and lungs accustomed to the pace. After a month your body will be be able to expand to further distances. Do so adding 1-2 km depending on how much you can. Maintain sustaining and adding process. Take note that you must maintain the pace that you are setting however long the distances are. Speed development is different from stamina development.

9 Essential Health Tips

(The Basics to Practice Every Day)

1.
Move More
Make it a daily challenge to find ways to move your body. Climb stairs if given a choice between that and escalators or elevators. Walk your dog; chase your kids; toss balls with friends, mow the lawn. Anything that moves your limbs is not only a fitness tool, it's a stress buster. Think 'move' in small increments of time. It doesn't have to be an hour in the gym or a 45-minute aerobic dance class or tai chi or kickboxing. But that's great when you're up to it. Meanwhile, move more. Thought for the day: Cha, Cha, Cha…. Then do it!

2. Cut Fat
Avoid the obvious such as fried foods, burgers and other fatty meats (i.e. pork, bacon, ham, salami, ribs and sausage). Dairy products such as cheese, cottage cheese, milk and cream should be eaten in low fat versions. Nuts and sandwich meats, mayonnaise, margarine, butter and sauces should be eaten in limited amounts. Most are available in lower fat versions such as substitute butter, fat free cheeses and mayonnaise. Thought for the day: Lean, mean, fat-burning machine…. Then be one!

3. Quit Smoking
The jury is definitely in on this verdict. Ever since 1960 when the Surgeon General announced that smoking was harmful to your health, Americans have been reducing their use of tobacco products that kill. Just recently, we've seen a surge in smoking in adolescents and teens. Could it be the Hollywood influence? It seems the stars in every movie of late smoke cigarettes. Beware. Warn your children of the false romance or 'tough guy' stance of Hollywood smokers. Thought for the day: Give up just one cigarette…. the next one.

4. Reduce Stress
Easier said than done, stress busters come in many forms. Some techniques recommended by experts are to think positive thoughts. Spend 30 minutes a day doing something you like. (i.e.,Soak in a hot tub; walk on the beach or in a park; read a good book; visit a friend; play with your dog; listen to soothing music; watch a funny movie. Get a massage, a facial or a haircut. Meditate. Count to ten before losing your temper or getting aggravated. Avoid difficult people when possible. Thought for the day: When seeing red, think pink clouds….then float on them.

5. Protect Yourself from Pollution
If you can't live in a smog-free environment, at least avoid smoke-filled rooms, high traffic areas, breathing in highway fumes and exercising near busy thoroughfares. Exercise outside when the smog rating is low. Exercise indoors in air conditioning when air quality is good. Plant lots of shrubbery in your yard. It's a good pollution and dirt from the street deterrent. Thought for the day: 'Smoke gets in your eyes'…and your mouth, and your nose and your lungs as do pollutants….hum the tune daily.

6. Wear Your Seat Belt
Statistics show that seat belts add to longevity and help alleviate potential injuries in car crashes. Thought for the day: Buckle down and buckle up.

7. Floss Your Teeth
Recent studies make a direct connection between longevity and teeth flossing. Nobody knows exactly why. Perhaps it's because people who floss tend to be more health conscious than people who don't? Thought for the day: Floss and be your body's boss.

8. Avoid Excessive Drinking
While recent studies show a glass of wine or one drink a day (two for men) can help protect against heart disease, more than that can cause other health problems such as liver and kidney disease and cancer. Thought for the day: A jug of wine should last a long time.

9. Keep a Positive Mental Outlook
There's a definitive connection between living well and healthfully and having a cheerful outlook on life. Thought for the day: You can't be unhappy when you're smiling or singing.

Wednesday, June 04, 2008

Selamat Datang

Akum dan Salam Sejahtera kepada semua pengunjung,
Blog ini adalah merupakan perantara dalam memberi segala informasi dan maklumat terkini berkenaan rumah sukan Pejabat Daerah Petaling khasnya kepada Pasukan Rumah Hijau. Pasukan Rumah Hijau mempunyai 55 orang ahli yang terdiri daripada kalangan pegawai dan kakitangan di Pejabat Daerah & Tanah Petaling . Penubuhan Pasukan Rumah Hijau ini dilaksanakan bagi memeriahkan lagi Karnival Sukan Kelab Petanda yang akan dijalankan tidak lama lagi. Pasukan ini yang lebih dikenali sebagai 'Green Hornet' akan memberi tentangan hebat kepada pasukan lain. Sesungguhnya pasukan Rumah Hijau akan memberi komitmen serta semangat berpasukan yang tinggi sesuai dengan tag utama Rumah Hijau "Espri de Cor" yang bukan sahaja akan menjayakan karnival ini malah akan memberi kejayaan yang terbaik.
Setakat ini sahaja untuk kali ini dan jumpa anda di puncak kejayaan.