Monday, July 28, 2008

Lucky No3



Assalamualaikum sahabat-sahabat Hijau. Berakhirnya Hari Keluarga Petanda Petaling di Sunway Lagoon pada hari Ahad lepas maka berakhir jugalah sukan petanda pada tahun ini. Tahniah sekali lagi kepada pasukan Rumah Hijau yang berada kedudukan no 3. Pasukan Hijau terima hakikat ini dengan hati yang terbuka walaupun gagal untuk muncul sebagai pasukan Juara keseluruhan. Kepada pasuhan Biru, Kuning dan Merah sememangnya semangat yang ditunjukkan amat dihargai sekali. Komitmen yang tinggi telah diberikan dalam setiap acara yang dipertandingkan. Walau apa pun alasannya yang menang tetap menang dan yang kalah tetap kalah. Tetapi bukan itu objektif sukan ini kerana apa yang penting adalah kita semua dapat mengenali antara satu sama lain, bertukar-tukar fikiran, berkongsi pengalaman dan nasihat dan yang paling penting meningkat semangat persaudaraan antara satu sama lain. Kepada pihak pengurusan sukan Petanda anda memang layak menerima tahniah dan ucapan terima kasih. Semoga apa yang betul itu menjadi ikutan dan yang tidak elok itu menjadi tauladan. Sekian.

Wednesday, July 23, 2008

Dart Champion

Tahniah dan jutaan terima kasih kepada pasukan Rumah Hijau yang telah bertungkus lumus untuk memastikan kejayaan pasukan. Tidak lupa juga kepada semua pemain badminton yang berjaya menjadi naib juara dalam kejohanan kali ini. Dengan kedudukan jumlah mata terkumpul sebanyak 15 mata adalah tidak mustahil untuk pasukan Hijau mengecapi kejayaan sebagai pasukan juara. Dengan baki 2 acara sahaja pastinya tentangan hebat dari semua pasukan akan dihadapi dengan apa cara sekali pun. Ayuh kawan-kawan semua kita pastikan kejuaraan milik kita...Go Green

Monday, July 14, 2008

BADMINTON...



GO GREEN....Kalah sekali tidak bermakna kalah selamanya. Kebangkitan Hijau akan menjelma dan hanya masa akan menentukannya. Ayuh Hijaurian, perjuangan belum tamat, teruskan semangat dan azam demi maruah dan harga diri kita.

Wednesday, July 09, 2008

Pastinya Menyegat



Pemain Ping-Pong Rumah Hijau : Pak Ya, Akhsan, Adi, Razin, Bung, Hamid, Fauzi, Farid, Firdaus, Dino, Haslan, Afnie, Aisyah, Kak Jam, Sunita, Baizura, Siti. Semua ahli Rumah Hijau diminta memberi sokongan penuh. Go Green.....

Sunday, July 06, 2008

CONGRATULATIONS



Tahniah kepada Pasukan Hijau (Futsal Lelaki) yang berjaya memenangi Kejohanan Futsal Petanda Antara Rumah. Tahniah juga kepada pasukan wanita yang telah berjuang sehingga ke titisan peluh yang terakhir. Walaupun tidak memenangi sebarang mata semangat dan daya saing yang ditunjukkan amat mengagumkan. Sekali lagi marilah sama-sama kita bersatu tenaga dalam perjuangan yang masih belum tamat ini dan pastikan Pasukan Hijau adalah Juara.....Go Green Hornet

Friday, July 04, 2008

Monday, June 30, 2008

Bola Jaring dan Bola Tampar (L)



Ucapan tahniah dan jutaan terima kasih terhadap pasukan Bola Jaring wanita dan Bola Tampar lelaki yang menduduki tempat ke4 dalam Sukan Petanda antara rumah sukan. Walaupun kegagalan memperolehi sebarang pungutan mata, Pasukan Rumah Hijau masih berada dalam kedudukan selamat. Tidak dinafikan pasukan rumah lain berjaya memberi saingan dan tentangan sengit dalam acara yang dipertandingkan.

Walaubagaimanapun ini bukanlah penghujung atau penamat acara kerana masih ada lagi sukan-sukan yang masih belum dipertandingkan. Bagi perlawanan Futsal (L) dan (W) yang akan bermula pada 4 Julai ini pastinya akan memberi saingan sengit kepada rumah-rumah lain. Berdasarkan analisis dan strategi yang telah dirancang Pasukan Rumah Hijau pastinya merupakan pesaing terhebat kepada rumah-rumah lain. Bukan untuk bermegah dan berbesar diri tetapi itulah hakikatnya.

Ayuh sahabat rumah Hijau sekalian, marilah sama-sama kita bersatu tenaga dan bekerjasama dalam memastikan mata penuh hakmilik mutlak kita. Kata orang bijak pandai Berpegang arang biar jadi abu, jangan biarkan abu ditiup angin kerana apabila abu ditiup angin kalau masuk mata pedih tak terkata. G0 GREEN HORNET GREEN POWERRRRRR............